.

Friday, August 15, 2008

Pencapaian Kelab Sepanjang Sesi 2007/2008


Kelab Penyayang UPSI adalah sebuah kelab bukan akademik yang bernaung di bawah Unit Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI serta Yayasan Budi Penyayang Malaysia. Kelab Penyayang UPSI telah berusia 2 tahun sejak ditubuhkan oleh ahli-ahli jawatankuasa kelab yang berminat untuk menubuhkan sebuah kelab yang bersifat kebajikan dan sosial di UPSI sendiri. Penubuhan Kelab Penyayang UPSI menjadi suatu medium untuk ahli kelab melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dirancang sepanjang penggal. Kerjasama antara Majlis Tertinggi Kelab Penyayang UPSI dengan ahli kelab sepanjang tempoh penubuhan kelab ini membawa kepada beberapa pencapaian kepada kelab ini. Antara pencapaiannya adalah seperti berikut :

Pengumplan Dana untuk Rumah Angkat ( Yayasan Budi Mulia Nurul Huda)

Dalam usaha mengumpul dana untuk diberikan kepada rumah angkat Kelab Penyayang UPSI iaitu Rumah Anak Yatim Yayasan Budi Mulia NUrul Huda, Chemor, Perak beberapa siri program telah dilaksanakan bagi mengutip dana tabungan rumah angkat. Justeru itu tiga siri utama yang direncanakan iaitu Jalinan Kasih 1, 2 dan 3 telah berjaya mengumpul sejumlah dana untuk rumah ini. Jumlah kutipan penuh sepanjang tempoh 1 tahun ini berjumlah RM 9, 495.

BIL

PROGRAM

TARIKH

JUMLAH DANA

1

Jalinan Kasih 1

18 Mac 2007

RM 1, 200

2

Jalinan Kasih 2

22 & 23 Sept 2007

RM 3,795

3

Jalinan Kasih 3

16 Mac 2008

RM 4,500


JUMLAH


RM 9, 495


Anugerah Ketrampilan Pelajar UPSI 2007

Anugerah Ketrampilan Pelajar UPSI merupakan suatu majlis untuk meraikan pencapaian pelajar yang aktif dan cemerlang dalam segala aspek. Majlis ini diadakan pada setiap tahun dihujung penggal. Dalam Anugerah Ketrampilan Pelajar UPSI 2007 yang telah diadakan pada bulan Mei yang lalu, Kelab Penyayang UPSI berjaya beberapa anugerah seperti berikut :





a) Anugerah Kelab Bukan Akademik Terbaik tahun 2007

b) Anugerah Individu ( Pencapaian Cemerlang Khidmat Masyarakat terbaik) tahun 2007-diterima oleh Presiden Kelab Saudara Hairul Faiezi Bin Lokman 2 kali berturut-turut.


Gegar U Warna Warni Malaysiaku

Program Gegar U Warna Warni Malaysiaku yang dijalankan di UPSI dan PISA, Pulau Pinang telah berjaya memperkenalkan Kelab Penyayang UPSI secara meluas kepada mahasiswa UPSI. Penyertaan Band Music dan Unity Signboard mendapat sambutan menggalakkan daripada seluruh mahasiswa UPSI.

Pembentangan Memorandum Hak Kebajikan & Perlindungan Mahasiswa Kurang Upaya UPSI

Satu memorandum berkaitan dengan Hak Kebajikan dan Perlindungan Mahasiswa Kurang Upaya UPSI telah dibentangkan oleh saudara Hairul Faiezi bin Lokman selaku Presiden Kelab Penyayang UPSI dalam Sidang Dewan Pendidik anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UPSI yang diadakan pada 8 Mac 2008 yang lalu. Pembentangan memorandum ini adalah demi menjaga kepentingan mahasiswa kurang upaya di UPSI.


0 Pendapat:

 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates